Engkau dalang
Dalang kemusnahan
Kemusnahan sebuah kepalsuan
Kepalsuan seiras dalang
Cerita mu bagaikan kisah dongeng
Engkau bersayapkan sayap lalat
Terbang bersenjatakan akal
Tapi bukan akal sejengkal
Akalmu seiras akal dalang
Engkau adalah haiwan
Yang kejam dan meletihkan
Tapi bukan pada semua haiwan
Kerana bukan semua haiwan ketawa tidak berakal
Dalang
Rajailah prinsip hidupmu
Walau jasadmu dimamah haiwan
Sesungguhnya namamu Raja Dalang
- pak yatim,kg. baru,121008-
pakyatim@gmail.com