Tuesday, November 11, 2008
Pengemis Desa
Lukisan hati bermadah
Lukisan manusia berjiwa
Lukisan Tuhan bernyawa
Dimana rezekiku pagi ini
Sehingga hatiku gundah gelana
Bagaimana nasibku petang nanti
Masihkah aku hidup disebalik impian
Mengenyangkan akal menyesakkan jasad
Ataupun hidup bersendikan gurindam
Memusuhi musuh menyepak kepala
Kepala kelapa yang songsang
Mati di jalanan usang
Kelapa dan kepala pengemis jalanan
Yang sama rentak bisiknya
Menyerupai lukisan Tuhan yang bernyawa
Pengemis desa kembali bersajak
Demi perut yang setia
Tapi kali ini nada pengemis agak sinis
Semacam mahu meninggalkan desa
Seperti mendapat panggilan baru
Menjadi pengemis kota
Pengemis kota-kota
Persetan dengan desa
Aku kini hidup di kota
Rupanya pengemis menaikkan darjat
Dari keji menjadi hina
Tanpa mengenal kata-kata kota
Yang bakal memberi ganjaran pada hati yang berduka
Ganjaran dosa dunia
Dosa-dosa kata-kata kota-kota
Pengemis mula bersyair munafik
Siapakah dia yang sebenarnya
Pengemis desa atau pengemis kota
Kerana keduanya menjulingkan telinga
Antara keduanya banyak bezanya
Tuan puan tuan puan
Sudikah kalian berbicara dengan aku
Yang kini ada nama baru
Seperti perbualan di desa-desa
Yang bercakap yang berkata
Tentang hukum tentang penentangan
Tuan-tuan jangan mencaci dulu
Berikan aku kesempatan menilai puan-puan
Dan juga perempuan-perempuan metropolitan
Lukisan tangan berseni
Lukisan hati bermadah
Lukisan manusia berjiwa
Lukisan Tuhan bernyawa
Puan-puan seranglah aku
Sekarang aku terjaga
Tuan puan tuan puan hanya tikus kota
Berkata-kata dengan membina
Berperilaku menambah sengsara
Perempuan-perempuan menjadi mangsa
Pengemis-pengemis angkat bendera
Lukisan tangan berseni
Lukisan hati bermadah
Lukisan manusia berjiwa
Lukisan Tuhan bernyawa
Pengemis kini berpuisi hiba
Kali ini pantun sepi
Bertemakan rindu
Dhuha,jemaah,pacat,kelapa dan kepala jadi isinya
Seni,madah,jiwa semakin bernyawa
yang dulu hampir tenggelam
dek penat mengejar nama
kononnya kota menjanjikan syurga
bagi pengemis yang berusaha
Terkota sudah kata-kata
Pengemis kini menangis hiba
Setelah puas tersenyum bangga
Akhirnya balik ke pangkuan desa
Wednesday, November 5, 2008
Seteguk Kopi
Berasap lagi
Aku mabuk lagi
Mak Timah dimuka pintu
Mak Timah mabuk lagi
Masuklah..ambil segelas kopi
Kopi tawar dari pemabuk tiga bintang
Kopi penawar jiwa
Mak Timah
Dimana kitab mu
Aku ingin tandatangan
Tandatangan pemabuk satu bintang
Tandatangan penipu lima bintang
Jiwa aku sakit kerana Mak Timah
Kopi ini sekadar halunisasi
Biar kopi berkata padamu
Oi Timah!pulanglah!
Ini bukan pemabuk todi
Ini pemabuk kopi
Tulang belakang aku sakit Timah
Perut aku berbunyi lagi
Fahamilah bahawa kopi sekadar penenang hati
Asap memaniskan kopi
Memasamkan tubuh
Menyakitkan hidung
Menenangkan teman
Asap setengah bintang ini
Untukmu Mak Timah
Pelajarilah
Aku janji dengan kau Timah
Mak Timah pulang,aku akan ke seberang
Terima kasih Timah
Akhirnya kau faham
Mahathir anak aku ingin kopi lagi
Berilah aku seteguk kopi mu
Terima kasih Tuhan
Mak Timah telah pergi
Tapi kopiku masih tak cukup
Tekakku sakit Tuhan
Hirup sisa-sisa kopi
Aku mahu asap
Tuesday, November 4, 2008
Nasib Dagang
kenapa..aku bertanya..
jawablah..celaka..
aku lupa..lupakanlah aku tentang engkau..
kenapa..aku lupa lagi..
hutang itu hina
cepatlah jawab..mengakulah..
celakalah engkau..walaupun kau pergi
aku memburumu..ah!kisahkan aku tentang kemuliaan
manusia bisa jadi tuhan
tuhan yang sesat
engkaulah yang menyesatkan..celaka engkau..
jawablah..agar bisa Pak Pandir bangun dari lena
teriaklah..agar tiada gelaran Anak Pandir
Tapi..mereka tak sehina sifatmu
Muliakanlah engkau?soalan satu dari aku
Soalan dua..jawablah..
Jangan jadi tuli,sebab tuli sifatnya bisu
Tapi engkau pelik
Engkau tuli tapi tidak bisu
Mengapa ya?jawablah..
Soalan tiga..
1,2,3..
Satu,dua,tiga..samakah ia?
Sama kah satu dengan disanjung?
Berbezakah 2 dengan seni?
Tiga?engkau masih belum tahu..
1,2,3 tidak sama..betulkah?
Sebenarnya engkau telah ada jawapan
Engkau cakap tiga buta..aku tahu gayamu
Aku nyanyikan muslihatmu..
Tapi empat..siapa nak jawab?
Soalan empat
Sudah..cukup..aku tahu maksudmu..
Aku kenal suaramu
Aku bisa jadi al-iblis
Yang menutup kemaluanmu
Aku dapat bertukar..menjadi SB..
Siakap Babi,nama saintifik pemburumu
Tapi SB tidak secelakamu..sebab tu aku pilih siakap
Bukan babi..tapi siapa Siakap Babi?
Soalan istimewa
Al-pitis,sedarilah siapa bapakmu
Kasihanilah petani dan pelangi
Pelangi mengharapkan petani memuji
Petani menyukai pelangi kerana pelangi mulia
Semulia ibumu
Mengapa engkau ketawa
Malulah pada ibumu
Setidaknya Rupiah
Menagislah bersama petani
aduh..pelangi tenggelam lagi..
Anak Pandir menaiki pelangi..Anak Pandir mencari BAPAK Pandir
Jangan pergi..lupakan tentang Nasi Dagang
Fikirkan tentang Nasib Dagang..
Sunday, November 2, 2008
Batin Zahir
Peraturan menjadi ikutan
Sabda dan Firman wajib diutamakan
Selagi kamu bernama Islam
Kadangkala falsafah melampaui akal
Kadangkala akal menjangkaui falsafah
Amatan dan kerajinan menjadi benteng
Agama menjadi sandaran
Diam bukan pendiam
Bising bukan pemenang
Pengalaman secebis kelebihan
Berbanding ilmu Tuhan
Aku memilih Hisham
Aku pemilih Hisham
Aku dipilih Tuhan
Pilihlah Tuhan wahai Hisham
Engkau sangat misteri
Misteri sebuah rahsia
Rahsia yang terpendam
Hanya Dia mengenali engkau
Pandanganmu segila orang gila
Pengalamanmu digilai orang berakal
Jasamu menggilai penggila
Penggila kebenaran
Teruskan perjuangan
Monday, October 13, 2008
Keroncong Untuk Raja
Engkau dalang
Dalang kemusnahan
Kemusnahan sebuah kepalsuan
Kepalsuan seiras dalang
Cerita mu bagaikan kisah dongeng
Engkau bersayapkan sayap lalat
Terbang bersenjatakan akal
Tapi bukan akal sejengkal
Akalmu seiras akal dalang
Engkau adalah haiwan
Yang kejam dan meletihkan
Tapi bukan pada semua haiwan
Kerana bukan semua haiwan ketawa tidak berakal
Dalang
Rajailah prinsip hidupmu
Walau jasadmu dimamah haiwan
Sesungguhnya namamu Raja Dalang
- pak yatim,kg. baru,121008-
pakyatim@gmail.com