Sunday, November 2, 2008

Batin Zahir

Agama adalah kebenaran
Peraturan menjadi ikutan
Sabda dan Firman wajib diutamakan
Selagi kamu bernama Islam

Kadangkala falsafah melampaui akal
Kadangkala akal menjangkaui falsafah
Amatan dan kerajinan menjadi benteng
Agama menjadi sandaran

Diam bukan pendiam
Bising bukan pemenang
Pengalaman secebis kelebihan
Berbanding ilmu Tuhan

Aku memilih Hisham
Aku pemilih Hisham
Aku dipilih Tuhan
Pilihlah Tuhan wahai Hisham

Engkau sangat misteri
Misteri sebuah rahsia
Rahsia yang terpendam
Hanya Dia mengenali engkau

Pandanganmu segila orang gila
Pengalamanmu digilai orang berakal
Jasamu menggilai penggila
Penggila kebenaran
Teruskan perjuangan

2 comments:

Anonymous said...

"..mencari kebenaran dalam dangkal usia,
agar ku bisa bawa ke seberang .."


syabas ,teruskan berkarya

pak yatim said...

"..semujurnya usia melewati kebenaran.."

terima kasih,teruskan membaca