Berasap lagi
Aku mabuk lagi
Mak Timah dimuka pintu
Mak Timah mabuk lagi
Masuklah..ambil segelas kopi
Kopi tawar dari pemabuk tiga bintang
Kopi penawar jiwa
Mak Timah
Dimana kitab mu
Aku ingin tandatangan
Tandatangan pemabuk satu bintang
Tandatangan penipu lima bintang
Jiwa aku sakit kerana Mak Timah
Kopi ini sekadar halunisasi
Biar kopi berkata padamu
Oi Timah!pulanglah!
Ini bukan pemabuk todi
Ini pemabuk kopi
Tulang belakang aku sakit Timah
Perut aku berbunyi lagi
Fahamilah bahawa kopi sekadar penenang hati
Asap memaniskan kopi
Memasamkan tubuh
Menyakitkan hidung
Menenangkan teman
Asap setengah bintang ini
Untukmu Mak Timah
Pelajarilah
Aku janji dengan kau Timah
Mak Timah pulang,aku akan ke seberang
Terima kasih Timah
Akhirnya kau faham
Mahathir anak aku ingin kopi lagi
Berilah aku seteguk kopi mu
Terima kasih Tuhan
Mak Timah telah pergi
Tapi kopiku masih tak cukup
Tekakku sakit Tuhan
Hirup sisa-sisa kopi
Aku mahu asap
2 comments:
kopi adalah sinonim dengan orang melayu.mungkin juga orang cina sebab kopi orang cina lebih sedap daripada kopi orang melayu.orang india hanya pada kari.
melayu = kopi
cina = teh
india = susu
melayu+cina+india=....?
Post a Comment